Assalammualikum
Alhamdulillah, Setiap hari kami di datangi perbagai warga di Jepun dan kali ini saya ingin bercerita mengenai seorg saudara baru kita. Memeluk islam akhir bulan 11 yang lalu. Usia muslimnya baru sahaja mencecah satu setengah bulan.
Setelah di terangkan Quran(Tadabbur) padanya dan di terapkan kayakinan kewujudkan Allah melalui Al Quran, Walaupun 52 tahun hidupnya di luar Islam, hanya sebulan setengah beliau mampu menghafal beberapa surah dan bacaan bacaan dalam solat. Usahanya untuk belajar dan mematuhi perintah Allah memang mengkagumkan. Allahuakbar..
Pengajaran untuk saya
1-Terangkan keajaiban Al Quran secara terperinci, InsyaAllah iman akan meresap ke dalam hati.
2-Terangkan kewujudan Allah secara terperinci walaupun cuma maksud Al-Rahman.
3-Apabila iman telah menyerap, Yakinnya kepada Allah, Hukum hukum yang lain akan di patuhi dengan mudah.
Motivation Muslim adalah Quran,
Cara singkat untuk mengenal Allah..
Holy Quran 4:174
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَٰنٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Holy Quran 4:175
فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱعْتَصَمُوا۟ بِهِۦ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِى رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَٰطًا مُّسْتَقِيمًا
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya.
Kawan kawan sekalian..
Quran terlalu hebat dan mampu memberikan ketenagan jiwa yang sebenar kepada yang mempelajarinya.
Kepada yang berminat untuk mempelajari tadabbur Al Quran , Bolehlah menghubungi saya supaya saya boleh add kan ke Group Watsaap Tafsir yang saya ikuti. Di Ajar Oleh Ustaz Abdullah Bukhari
Kepada yang membaca tulisan ini,
doakan semoga kami terus di beri ilmu ilmu agama, kekuatan dan dilindungi oleh Allah untuk menyebarkan Islam di bumi matahari terbit ini.
No comments:
Post a Comment